Ikan oh ikan


Namanya biru dan merah.
peliharaan anak kami berdua bagus juga jika kami sekeluarga tiada di rumah boleh juga ikan-ikan ini tengokan rumah. Ikan ini dari jenis pelaga yang berwarna biru sangat garang walaupun berada di dalam berlainan balang. Ikan-ikan ini sudah jinak dengan kami sekeluarga kalau nak di beri makan tak sabar-sabar lagi dia menunggu nak makan. Sebelum ini pernah bergaduh semasa hendak menukar airnya dan di letakan dalam satu bekas, akibatnya kedua-duanya koyak ekornya nasib baik tak mati. Kadang-kadang apabila penat balik bekerja boring-boring tengok si biru dan si merah hilang stress. Anak-anak kami sangat sayang ikan peliharaannya.




Majlis Konvokesyen dan Perasmian Tabika & Taska Al-Hidayah Gemilang, Taman Banang Jaya, Batu Pahat. Gambar di atas adalah anakanda kami Muhammad Fahim bin Murat yang sedang menerima sijil Program Didikan dan kurikulum daripada YB. Jaafar bin Hashim Adun Senggarang,Batu Pahat.pada tarikh 21 Nov 2009 jam 8.00pm. Anakanda kami telah menerima didikan di tabika ini selama 2 tahun dan pada tahun 2010 akan memasuki tahun 1 di Sek.Keb.Banang Jaya, Batu Pahat.






Para ibubapa sedang menunggu di khemah yang disediakan untuk menyaksikan bermacam-macam acara yang disediakan oleh guru-guru tabika untuk para pelajarnya demi menjayakan majlis ini. Sementara itu ada juga jualan buku-buku dan akhbar-akhbar pendidikan dari kakitangan metro yang juga tinggal di kawasan taman ini.



Inilah sebahagian dari persembahan pelajar-pelajar Tabika Al-Hidayah Gemilang iaitu persembahan nasyid. Pada malam itu persembahan pelajar-pelajar ini mendapat sambutan hangat dari ibubapa yang menyaksikan nasyid tersebut.Semua pelajar ini akan meninggalkan Tabika Al-Hidayah Gemilang pada tahun 2010.