Majlis Makan Malam Dan Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang UPSR 2009 pada 13.3.2010


Kapal Danga Cruise di waktu petang

Muhammad Fitri anak sulung saya sedang menikmati ais krim sementara menunggu untuk menaiki kapal Danga Cruise

Ayahnya saja yang dapat menemaninya ke tempat ini kalau diikutkan surat pelawaan dari YB DUN Senggarang Ibu dan Bapa tapi apakan daya kami ada seorang lagi anak yang tak dapat ikut jadi saya sebagai ibunya terpaksa batalkan untuk pergi demi menemani anak seorang lagi dirumah.

Pemandangan di waktu malam bandaraya Johor Bahru. Gambar ini di ambil di atas kapal yang sedang belayar mengelilingi selat tebrau.
Muhammad Fitri dengan kawan-kawannya


Suasana didalam kapal para hadirin sedang menjamu selera sambil mendengar taklimat dari YB Jaafar bin Hashim ADUN Senggarang



Muhammad Fitri sedang menerima hadiah berupa wang dari YB Jaafar dan wakil dari Peg.Pendidikan Daerah Batu Pahat

















berkelah di Air Terjun Gunung ledang, Muar 16.2.2010

Dari atas saya memerhatikan dua orang anak bujang saya mandi-manda rasa macam nak mandi sama tapi...... saya tak pandai berenang suami nak mandi tapi....... pakaian tak bawa maklumla kami dari Melaka tidur rumah anak saudara yang baru berpindah dari sabah.

Fahim dah kesejukkan tapi tak mau naik ke atas masih nak mandi lagi........ seronok katanya

Di sinilah seorang anak cina dalam umur 4 tahun hampir lemas kebetulan ada seorang
hamba allah terus terjun menyelamatkannya.

Anak-anak sedang bermandi manda di gunung ledang, abangnya suka mengusik adiknya menyimbah-nyimbah air ke muka adiknya yang kesejukkan.

kejayaan cermerlang Sek.Agama Banang Jaya

Alhamdullillah syukur kehadrat Allah Sekolah Agama Banang Jaya tempat saya bertugas telah mencapai kejayaan yang cemerlang 100% keseluruhan lulus bagi pelajar-pelajar darjah 6 yang menduduki peperiksaan Sijil Darjah Enam (SDEA) pada tahun 2009 yang lepas. Kejayaan ini lebih manis lagi pada diri saya iaitu anak sulung lelaki saya yang menduduki peperiksaan tersebut mendapat markah tebaik keseluruhan bagi pelajar-pelajar tahun tersebut. Walaupun saya tidak mengajar darjah 6 saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan sejawatan saya Cikgu Khairunnisa yang mengajar anak saya hingga berjaya dan menaikkan nama Sekolah Agama Banang Jaya.

WAJAH-WAJAH SUKA DAN DUKA DIHARI PERTAMA KE SEKOLAH


ALAM PERSEKOLAHAN 2010


4 Januari 2010, anak-anak kembali semula ke alam persekolahan. Ada dengar cerita dari kaum ibubapa,anaknya bangun tidur pukul 4.00 pagi. Wah... semangat betul tu nak ke sekolah. Maklumlah nak gayakan pakaian sekolah yang baru terutama sekali murid Tahun Satu, termasuklah anak saya yang bungsu.
Inilah suasana keriangan anak didik saya pada hari pertama persekolahan pada sesi petang.

Ikan oh ikan


Namanya biru dan merah.
peliharaan anak kami berdua bagus juga jika kami sekeluarga tiada di rumah boleh juga ikan-ikan ini tengokan rumah. Ikan ini dari jenis pelaga yang berwarna biru sangat garang walaupun berada di dalam berlainan balang. Ikan-ikan ini sudah jinak dengan kami sekeluarga kalau nak di beri makan tak sabar-sabar lagi dia menunggu nak makan. Sebelum ini pernah bergaduh semasa hendak menukar airnya dan di letakan dalam satu bekas, akibatnya kedua-duanya koyak ekornya nasib baik tak mati. Kadang-kadang apabila penat balik bekerja boring-boring tengok si biru dan si merah hilang stress. Anak-anak kami sangat sayang ikan peliharaannya.




Majlis Konvokesyen dan Perasmian Tabika & Taska Al-Hidayah Gemilang, Taman Banang Jaya, Batu Pahat. Gambar di atas adalah anakanda kami Muhammad Fahim bin Murat yang sedang menerima sijil Program Didikan dan kurikulum daripada YB. Jaafar bin Hashim Adun Senggarang,Batu Pahat.pada tarikh 21 Nov 2009 jam 8.00pm. Anakanda kami telah menerima didikan di tabika ini selama 2 tahun dan pada tahun 2010 akan memasuki tahun 1 di Sek.Keb.Banang Jaya, Batu Pahat.






Para ibubapa sedang menunggu di khemah yang disediakan untuk menyaksikan bermacam-macam acara yang disediakan oleh guru-guru tabika untuk para pelajarnya demi menjayakan majlis ini. Sementara itu ada juga jualan buku-buku dan akhbar-akhbar pendidikan dari kakitangan metro yang juga tinggal di kawasan taman ini.



Inilah sebahagian dari persembahan pelajar-pelajar Tabika Al-Hidayah Gemilang iaitu persembahan nasyid. Pada malam itu persembahan pelajar-pelajar ini mendapat sambutan hangat dari ibubapa yang menyaksikan nasyid tersebut.Semua pelajar ini akan meninggalkan Tabika Al-Hidayah Gemilang pada tahun 2010.



Pemenang Hadiah Pelajar

Aktiviti Sekolah

Majlis Khatam Al-Quran


Pertandingan Melukis


Mesyuarat Agong PIBG SABJ



Lokasi Sekolah


Bangunan Sekolah Agama Banang Jaya (SABJ)