Masalah disiplin dan keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi dan remaja sekarang memang telah terlalu banyak diperkatakan. Malah semua peringkat masyarakat telah pun memberi pelbagai pendapat mengenainya dalam bentuk berita, rencana dan ulasan di akhbar-akhbar serta media elektronik, seminar dan perbincangan di merata tempat selain rumusan demi rumusan, tetapi masaalah disiplin remaja masih tetap berleluasa.
Setiap hari ada sahaja kejadian jenayah, mahupun berbentuk tingkahlaku yang menunjukkan gejala keruntuhan akhlak remaja dalam masyarakat kita yang dapat dilihat atau dibaca. Saban hari kita dikejutkan dengan pelbagai masalah seperti ponteng sekolah, kes pukul, tidak menghormati golongan lebih tua, minum arak, menagih dadah, pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan hinggalah kepada bersekedudukan, pengguguran anak, gejala lepak, bohsia dan bermacam-macam lagi gejala sosial yang tidak terhitung banyaknya.
Gejala ini semakin bercambah apatah lagi apabila wujudnya bahan-bahan lucah dipasaran sama ada berbentuk VCD, majalah dan beberapa pusat hiburan seperti kelab-kelab dangdut, disko, karaoke dan lain-lain.
Kajian Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Pusat Pengajian Tinggi mendapati antara punca utama keruntuhan moral di kalangan remaja ialah kerana longgarnya kawalan ibu bapa, pengaruh media masa, kekurangan kegiatan belia yang membina, pengaruh rakan dan keruntuhan institusi keluarga.
Corak kehidupan masyarakat hari ini juga banyak yang tidak membantu menangi masalah keruntuhan akhlak. Contohnya, sikap individualistik yang semakin menebal dalam masyarakat. Malahan sesetengah ibu bapa enggan menerima teguran dan nasihat yang melibatkan anak mereka. Perselisihan faham sesama jiran pula boleh terjadi hanya kerana teguran terhadap kelakuan anak-anak. Guru turut menjadi sasaran ibu bapa sekiranya mereka menggunakan sedikit ketegasan dalam mendisiplinkan pelajar.
Gejala sosial yang semakin membimbangkan ini antara punca utamanya dikaitkan dengan kerapuhan institusi keluarga. Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ( LPPKN ) mendapati bahawa kerenggangan hubungan kekeluargaan menjadi punca utama remaja terjebak ke kancah maksiat.
Sindrom kurangnya perhatian ibu bapa terhadap remaja jelas kelihatan di bandar-bandar terutama bagi ibu bapa yang bekerja. Purata masa yang dikongsi oleh remaja dengan ibu bapa mereka hanya beberapa jam sahaja seminggu. Mereka hanya sempat bersua muka ketika waktu makan dan menonton televisyen. Ini kerana ibu bapa tidak ada masa untuk bersama anak-anak, apatah lagi untuk menasihati mereka supaya mengulangkaji pelajaran, mengawasi siapakah teman anak mereka, pergerakan anak-anak dan sebagainya.
Sesetengahnya menyerahkan segala urusan ini kepada guru, atau pun pembantu rumah sebagai jalan mudah untuk mendidik anak. Akibatnya remaja berasa kesunyian dan kurang motivasi diri. Remaja lebih senang mendampingi rakan sebaya daripada keluarga sendiri.
Keadaan ini dikatakan berpunca daripada kejahilan sebahagian besar pasangan suami isteri mengenai teknik dan ilmu keibubapaan. Ini adalah kerana kebanyakan ibu bapa tidak pernah didedahkan kepada cara-cara ataupun kaedah mengurus hal ehwal keluarga ataupun rumah tangga yang meliputi soal pendidikan anak-anak yang dapat membantu mencungkil potensi anak-anak.
Kejahilan ibu bapa terhadap ilmu keibubapaan ini menjadi satu merugikan. Senario ini perlu diubah dan diatasi segera demi kebaikan anak serta seluruh ahli keluarga. Selain itu, pertelingkahan di antara ibu dan bapa boleh menyebabkan anak-anak mereka terabai. Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar akan menyebabkan mereka cuba melakukan sesuatu mengikut kemahuan mereka seperti ponteng sekolah.
Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah disiplin dan masalah-masalah lain. Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa materialistik umpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah bertukar kepada sikap ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka terpinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah mereka yang dianggap lebih rapat dengan mereka.
Begitu juga ajaran agama yang kurang turut menimbulkan masalah gejala sosial yang kian berleluasa. Ketika di rumah, anak-anak tidak dididik oleh ibu bapa dengan diterap ke dalam jiwa mereka. Ini secara tidak langsung mempengaruhi pembentukan peribadi anak-anak. Kurangnya pengetahuan agama menyebabkan jiwa remaja kekosongan. Jiwa yang kosong ini, jika tidak diisikan dengan perkara berfaedah atau kegiatan membina sifat-sifat positif akan dipenuhi dengan unsur negatif yang membinasakan. Persoalannya, bagaimanakah ibu bapa dapatmembantu remaja daripada terbabit dengan unsur negatif dan tang tidak bermoral itu ?

Antara perkara yang boleh dilakukan ialah :
1. Tingkatkan daya ketahanan iman remaja.

Langkah menerapkan keimanan dan ketaqwaan dalam diri anggota masyarakat termasuk remaja amatlah penting sebagaimana ditegaskan oleh Dr Yusof al-Qaradhawi bahawa kepincangan di kalangan umat kini adalah berpunca dari dalam diri yang mementingkan diri sendiri dan meletakkan kesalahan di atas bahu orang lain.
Penyucian hati adalah unsur penting dalam melahirkan generasi remaja berakhlak. Menyucikan hati bermaksud membersihkan diri daripada maksiat. Imam al-Ghazali membahagikan maksiat kepada dua bahagian iaitu maksiat zahir dan batin. Menyucikan hati hendaklah melibatkan kedua-duanya sekali iaitu zahir dan batin. Pembabitan remaja dalam kegiatan berfaedah seperti khemah ibadat, kursus kecermerlangan diri, sukan dan aktiviti sosial berkonsep keagamaan dan penerapan nilai murni, mampu membantu remaja membina personaliti unggul.
2. Berikan panduan memilih kawan.
Memandangkan begitu besar dan pentingnya kehendak naluri dan keperluan remaja terhadap rakan sebaya, ibu bapa harus memberi panduan kepada anak-anak cara-cara memilih rakan sebaya.
Ibu bapa mesti menyedari bahawa rakan sebaya mampu mendorong remaja ke arah kejayaan atau kemusnahan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Menurut Imam al-Ghazali, berkawan dengan orang yang sangat mementingkan perkara keduniaan semata-mata adalah seperti meminum racun yang membinasakan. Ini kerana tabiat manusia itu mudah terpengaruh untuk meniru tabiat rakannya tanpa disedari oleh orang lain.
Bercampur atau berkawan dengan orang yang amat mementingkan hal keduniaan akan menjerumuskan seseorang itu kepada sifat tamak dan sayangkan dunia. Sebaliknya, jika kita bergaul atau berkawan dengan orang yang soleh dan mementingkan keakhiratan, ia akan membawa kepada cintakan Allah, mensyukuri nikmat Allah serta memiliki rasa sayang pada diri yang tinggi dan mampu menjadi benteng menepis perbuatan maksiat.
3. Sentiasa memantau siapa rakan sebaya anak.
Ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk mementau siapa rakan di sekolah atau dalam kawasan perumahan tempat mereka tinggal, yang sering didampingi oleh anak mereka dari semasa ke semasa. Mereka perlu memerhatikan tingkah laku anak secara bijaksana untuk mengesan sebarang perubahan tidak sihat. Mereka mesti cepat bertindak jika mendapati anak remaja terbabit dengan kumpulan tidak sihat. Selain itu, ibu bapa perlu berusaha memperkukuhkan ikatan kasih sayang dan kekeluargaan bagi memenangi hati anak remaja. Melalui cara ini, kita dapat memastikan anak tidak tersilap memilih rakan sebaya dan kumpulan.
Islam juga mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi institusi yang aman, bahagia dan kukuh bagi setiap ahli keluarga kerana ia merupakan lingkungan atau unit masyarakat yang terkecil yang berperanan sebagai satu lembaga yang menentukan corak dan bentuk masyarakat.
Institusi keluarga harus dimanfaatkan untuk membincangkan semua hal sama ada yang mengembirakan maupun kesulitan yang dihadapi disamping menjadi tempat menjana nilai-nilai kekeluargaan dan kemanusiaan. Kasih sayang, rasa aman dan bahagia serta perhatian berat yang dirasakan oleh seorang ahli khususnya anak-anak dalam keluarga akan memberi kepadanya keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri untuk menghadapi pelbagai persoalan hidupnya.
Ibu bapa adalah orang pertama yang diharapkan dapat memberikan bantuan dan petunjuk dalam memyelesaikan masalah anak, lebih-lebih lagi, seorang ibu itu adalah lambang kasih sayang, ketenangan dan ketenteraman.