Sekolah Agama Banang Jaya (SABJ)

LOKASI SEKOLAH
Lokasi Sekolah Agama Banang Jaya terletak di km.8, Jalan Tanjung Laboh, dalam zon Rengit
daerah Batu Pahat.

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Agama Banang Jaya (SABJ) telah dibuka pada Januari 2006. Sekolah ini bertapak di Sekolah Kebangsaan Jaya Batu Pahat berstatuskan sekolah menumpang yang mempunyai bilangan pelajar paling ramai di daerah Batu Pahat. Kedudukan sekolah ini terletak kira-kira 8 kilometer dari Bandar Penggaram, Batu Pahat, Johor. Sekolah Agama Banang Jaya telah dirasmikan pembukaannya oleh Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat iaitu Tuan Hj.Said Bin Sarjo.

Walaupun berstatuskan sekolah menumpang, namun sekolah ini saban tahun menerima pendaftaran pelajar tidak kuarang daripada 300 orang murid. Kepercayaan pihak ibubapa/ penjaga murid, menyemarakkan lagi semangat guru besar dan guru-guru sekolah Agama Banang Jaya dalam mempertingkatkan lagi sistem pendidikan Agama berlandaskan syariat Islam sepertimana yang diharapkan oleh pihak ibubapa.

Bermula daripada 4 orang guru pada tahun 2006, kini Sekolah Agama Banang Jaya telah mendapat perhatian daripada pihak Pejabat Pendidikan Agama Daerah Batu Pahat. Bertitik tolak daripada penambahan jumpah pelajar setiap tahun, maka Sekolah Agama Banang Jaya telah menerima penambahan guru seramai 7 orang bermula dari tahun 2007 hingga ke awal 2009. Kini Sekolah Agama Banang Jaya mempunyai tenaga pengajar seramai 7 orang termasuk guru besar dan guru-guru penolong yang baru dan berpengalaman.

Meskipun baru bertapak selama 4 tahun, namun prestasi kurikulum dan kokurikulum Sekolah Agama Banang Jaya setanding dengan sekolah-sekolah lain yang sememangnya mempunyai sistem pentadbiran dan kelengkapan yang sempurna. Ini terbukti dengan pencapaian pelajar-pelajar dalam keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama yang meningkat grafnya dari tahun ke tahun.

Begitu juga dari sudut Ko-kurikulumnya, di mana sekolah ini tellah menjuarai beberapa kali dalam Majlis Tilawah Al-Quran bagi sekolah-sekolah Agama Zon Rengit dalam kategori Syarahan Bahasa Arab yang melayakkan wakil pelajar sekolah ini ke peringkat daerah dan seterusnya.

Dalam usaha mempertingkatkan lagi sistem pentadbiran sekolah ini, warga Sekolah Agama Banang Jaya sentiasa mendapat perhatian dan kerjasama daripada pihak Badan Kebajikan Sekolah yang sentiasa memberi sokongan moral mahu pun material dalam usaha memajukan lagi sekolah dan pencapaian pelajaran murid-murid ,Alhamdulillah pada tahun 2008 Sekolah Agama Banang Jaya telah memenangi anugerah Sekolah Cemerlang ( Kategori Sekolah Menumpang ) peringkat daerah Batu Pahat . Sesungguhnya perhatian daripada pelbagai pihak amatlah penting dalam mencapai visi dan misi sekolah dalam jangka masa sasaran yang telah ditetapkan.

0 ulasan: