kejayaan cermerlang Sek.Agama Banang Jaya

Alhamdullillah syukur kehadrat Allah Sekolah Agama Banang Jaya tempat saya bertugas telah mencapai kejayaan yang cemerlang 100% keseluruhan lulus bagi pelajar-pelajar darjah 6 yang menduduki peperiksaan Sijil Darjah Enam (SDEA) pada tahun 2009 yang lepas. Kejayaan ini lebih manis lagi pada diri saya iaitu anak sulung lelaki saya yang menduduki peperiksaan tersebut mendapat markah tebaik keseluruhan bagi pelajar-pelajar tahun tersebut. Walaupun saya tidak mengajar darjah 6 saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan sejawatan saya Cikgu Khairunnisa yang mengajar anak saya hingga berjaya dan menaikkan nama Sekolah Agama Banang Jaya.

0 ulasan: